Sunday, December 20, 2015

RESEPI BERGEDIL COWBOY

 Assalamualaikum and Hai !

Harini Anis nak kongsi dengan korang cara nak buat BERGEDIL .Emmm yum yum !
Tahu tak bergedil tu apa ?
Its like kentang ada ayam bulat bulat lah hahaha.
Cenggitu haaa.
 Okay dengar hakak nak bagitahu sat :

First sekali kita perlukan bahan - bahan seperti :
Kentang 
Ayam @ Daging 
Garam secukup rasa
Telur 
Daun baWang 
(daun ni aku tak ingat sangat guna daun apa,hehehee)
Tepung

Second, rebus dulu kentang tuh kasi dia lembut satu kali .Sebab senang nanti nak kupas kan ,kulit dia lembut je macam kerana terpaksa aku relakan dia punya lembut tuh .Hhahahaha.
Pastu lenyekkan je  .Lepastu masukkan tepung sikit je taknak bagi kentang tu lembik masa goreng nanti.

Tiga, jangan lupa rebus ayam atau daging  sampai lembut senang nanti nak gaul sekali dalam kentang.

Empat, masuk ayam ,letak daun, letak  garam secukup rasa pastu gaulkan dan gentelkan dia jadi bebola .
Ikut korang lah nak saiz besar mana .Janji happy sudah .Ahahahha.

Lima,pecahkan telur then kacau dia ,celup bergedil kita dalam telur tuh then masukkan dalam minyak yang panas.Goreng sekejap je tau takut dia pecah terburai .Hhahaha.  
Nmpak dia kekuningan tuh angkat tau !
Dah boleh hidangkan dah dekat satu family !
Nak buat g picnic pun boleh.
Jimat masa .
Makan petang pun boleh !
Ikut korang lah okay ??

Till we meet again and assalamualaikum

Epilog ( Penutup )

Assalamualaikum and Hai !
Jeng jeng jeng
Maka berakhirlah sudah class Aplikasi Komputer yang pada Selasa yang lepas. 

 Sedih la jugak sebab dah tak boleh dengar lawak Sir pagi pagi.


Class Aplikasi Komputer memang best gilerr sebab kita belajar tak stress langsung ,happy go lucky je ,hehehe.
Best lah !!! Kerja kau nak gelak je dengan lawak Sir. 

Kalau lambat memang kena berdiri lah dekat tepi class tapi sekejap jela takdelah sampai habis class pun.
Aku buat muka selamba jelah.HHAHAHA.
Tapi bila dah start class tuh Sir akan bagi duduk lah.
Tak penat pun berdiri.


Tapi bila belajar kau akan mudah faham lah sebab class tak hambar sangat .Tak mengantuk pun.
Sir banyak tolong kalau kita tak faham nak buat Lab Test .Dia akan jawab je soalan bengap bengap kita ,hahaha.Yelah kita kan budak baru belajar .
Ihikss
Tu yang aku suka tuh.

Last class rituh kiteorang set2 semua bergambar dengan sir sebagai kenang kenangan.
Aku ape lagi selfie lah kan.
Hobi kaum hawa.Hahahaha.
  
Terima Kasih Sir sebab bagi tujuk ajar kepada kami !
Sekali lagi terima kasih ! 

Till we meet again and assalamualaikum !


  

  

Tuesday, December 15, 2015

MAKAN

   Assalamualaikum and Hai !


Minggu nih dengan lepas aku punya nafsu makan nauzubillah kuat giler.Ahhahhahahaa.
   I dont know why laaa , nak kata study takdelah aku study mana pun , hehehe kantoi dah . Cuma kalau hari hari tuh ada je craving something. Sejenis yang tak boleh tengok orang lain makan ,aku mesti terliur , bhahahahha . Kalau dalan kuliah tu taksoh cerita lah , teringat belaka makanan . Nasi lemak kiosk pun aku terliur . Lapar je memanjang . Erghhh bahaya nih , pokai duit aku . Tapi takdelah aku craving makanan mahal pun ,paling kurang pun roti planta kiosk tu haaa. Tu je . Manade demand . Ikut bajet kita lah kan. Tapi sesekali tu treat lah diri kita sendiri atas sesuatu yang kita buat macam kita dah habis satu chapter subjek ke , dah siap kan tutorial ke ,like that laaa. Okay ? Cakap kat diri sendiri rupanya . Hahaha
 Till we meet again and assalamualaikum

PROLOG

Assalamualaikum dan hai,


Minggu ni tema adalah PROLOG .Its like PENDAHULUAN laa.
Masa mula- mula sir bagi tajuk ni aku macam apa benda nih .Tak pernah dengar pun.
Suruh sir ulang balik tema tuh .Then sir cakap dia sebenarnya pendahuluan je .Hahahaaha.
Tapi ayat yang dramatis sikit lah. Aku mati - mati ingat prosa kata sebab lama dah tak dengar.
Hhehehehe.

Okay aku nak cerita ape eh ?

Tentang minggu orintasi UKM okay ?

First sekali minggu orintasi seminggu .Penat dia toksah cakap bakhang dengan tak cukup tido lagi nya . Sampai tertido aku masa program.
Kami semua dibawa berjalan jalan di sekitar UKM.Masa tuh lah baru tahu Dectar dekat mana ,PTSL yang mana, padahal dekat je dengan Kolej aku .Hhahaha.

Masa mula time daftar dekat fakulti ,aku dibawa di sekitar fakulti Ekonomi dan Pengurusan ,fakulti aku lah tuh,hehheehe.MasyaAllah penat sebab sampai tingkat 6 aku dibawa oleh pensyarah di situh,takpe penat penat at least benda tuh berguna sampai sekarang .Kita boleh tahu kat mana bilik pensyarah ,pejbat dekan ,pejabat pengurusan dan macam macam lagi.Dulu nampak semua  macam unfamiliar je tapi sekarang dah terer belaka.Hhahahaa.

Okay berbalik masa minggu orintasi, masa minggu tulah aku tahu lagi Varsiti Kita.Lagu UKM.
Aku masuk koir masa Minggu MMM ,so gigih lah hafal sebab nak buat persembahan kat depan ramai orang.Pengalaman tu yang best kan,even terpaksa lepaskan masa tido.Kata nak belajar kan,kenalah korbankan sikit.

Okay tu jelah cerita prolog aku .Hhaahaha.
Kalau nak cerita panjang lagi .
Hehehehee.


Till  we meet again and Assalamualaikum
   











Sunday, December 6, 2015

Anak Abah

  Hari ni hari Ahad.
So leisure day for me .

Tapi assingment still berjalan seperti biasa ye cik kak.Erghhh.

Okay tiada kena mengena dengan tajuk kat atas tu ye.

Cause 1 Disember harituh ,abah punya birthday ,so birthday shout out to my Abah .
Happy birthday Abah ,semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Stay buat funny to us satu family.

I really enjoy it even lawak tu biasa je but to me aku akan gelak sekuat kuatnya sambil guling guling atas lantai.Berdekah dekah aku gelak sampai aku akan stop nak buat kerja tuh sebab gelak .
Sumpah lawak sampai ibu dengan adik aku pun join gelak skali.
Bhahahahaha.

Aku memang dari dulu lagi rapat dengan abah,maybe sebab aku sorang je anak perempuan then sulung pulak tuh.Ibu pun aku rapat tapi kekadang masalah pasal study ,aku share dengan abah aku.
Nak nak pulak bila dapat keputusan exam ,laginyalah aku bagitahu abah aku dulu.
Abah aku jenis support aku even aku dapat fail Add Math masa ujian pertengahan dulu tapi dia kata try lagi.Mesti boleh punya.Aku takut nak bagitahu ibu aku sebab takut kena bebel je.Haha.

Tapi kekadang tu abah aku bebel lah jugak ,lebih dari ibu aku lagi,haha.Kena dengar jelah sebab tu untuk kebaikan aku jugak .Aku bangga dengan abah aku sebab even dia sibuk kerja siang tapi dia still lagi boleh ambik aku dengan adik adik balik skolah.Hantar pepagi.Aku bersyukur sebab ada setengah kengkawan aku balik skolah naik bas je. I should bersyukur about it.
Alhamdulillah.

Malam pulak dia boleh je tengok tv ,makan malam skalii dengan kiteorang satu family.Dia tak pernah campur hal kerja bila dekat rumah.Aku suka sangat.Bila time cuti sabtu ahad tuh ada je dia bawak kami makan luar .Tu yang best part tuh.Hhahaaha.

Abah aku selalu backup aku bila aku gaduh dengan adik aku,hehehe,nak pulak bila berebut remote tv.Hhahaha.Abah aku cakap bagilah kat akak sebab dia jarang tengok tv,hehe.

Kekadang makcik aku pun tahu aku anak abah sebab aku rapat dengan abah aku.   
Ihiksss.



Till  we meet again and Assalamualaikum !