Monday, September 28, 2015

OBSES

Hai dan Assaalamualaikum ! Post kali ini Anis nak share pasal KEOBSESAN RAKYAT KOREA TERHADAP PEMBEDAHAN PLASTIK ( plastic surgery). !!!!! Apa yang korang tahu pasal pembedahan plastik nih ?? cer citer cer citer ,haha. Statistik pada 2010 menunjukkan 770 913 pembedahan palstik dilakukan di Korea Selatan.Ramai bak hang ! Tang mana yang dieorang bedah tuh ? kebanyakan daripada mereka membuat pembedahan plastik di bahagian kelopak mata dan rahang. Kebanyakan rakyat korea mempunyai genetik mata yang amat sepet atau kecil dan mempunyai rahang yang amat besar, Dengan adanya pembedahan sebegini , mata mereka dapat diperbesarkan supaya kelihatan lebih menarik dan memperkecilkan tulang rahang supaya saiz muka kelihatan lebih kecil dan berbentuk V. Tapi jangan korang ingat perempuan je yang buat malahan sebilangan jejaka di Korea juga sanggup berbuat sedemikian supaya dapat menjadi lelaki dambaan perempuan .Ish ish ish.Kebanyakan pelajar sekolah tinggi yang berasal dari keluarga berada akan dijanjikan oleh ibu bapa mereka pembedahan plastik apabila mendapat gred yang cemerlang dalam peperiksaan.Artis korea juga tidak lekang dari dituduh  membuat pembedahan ini tapi kebanyakan mereka tidak mahu mengaku malah memberitahu kecantikan mereka adalah Natural Beauty.Acah acah aje kan ,haha.Tapi bagi Anis biarlah kita menerima kekurangan kita seadanya dan bersyukur dengan nikmat yang ALLAH hendak bagi, nanti kalau Allah tarik sekelip mata bagaiman kan ? Ucaplah Alhamdullilah selalu .
TILL WE MEET AGAIN DAN ASSALAMUALAIKUM !!

No comments:

Post a Comment