Monday, September 28, 2015

OBSES

Hai dan Assaalamualaikum ! Post kali ini Anis nak share pasal KEOBSESAN RAKYAT KOREA TERHADAP PEMBEDAHAN PLASTIK ( plastic surgery). !!!!! Apa yang korang tahu pasal pembedahan plastik nih ?? cer citer cer citer ,haha. Statistik pada 2010 menunjukkan 770 913 pembedahan palstik dilakukan di Korea Selatan.Ramai bak hang ! Tang mana yang dieorang bedah tuh ? kebanyakan daripada mereka membuat pembedahan plastik di bahagian kelopak mata dan rahang. Kebanyakan rakyat korea mempunyai genetik mata yang amat sepet atau kecil dan mempunyai rahang yang amat besar, Dengan adanya pembedahan sebegini , mata mereka dapat diperbesarkan supaya kelihatan lebih menarik dan memperkecilkan tulang rahang supaya saiz muka kelihatan lebih kecil dan berbentuk V. Tapi jangan korang ingat perempuan je yang buat malahan sebilangan jejaka di Korea juga sanggup berbuat sedemikian supaya dapat menjadi lelaki dambaan perempuan .Ish ish ish.Kebanyakan pelajar sekolah tinggi yang berasal dari keluarga berada akan dijanjikan oleh ibu bapa mereka pembedahan plastik apabila mendapat gred yang cemerlang dalam peperiksaan.Artis korea juga tidak lekang dari dituduh  membuat pembedahan ini tapi kebanyakan mereka tidak mahu mengaku malah memberitahu kecantikan mereka adalah Natural Beauty.Acah acah aje kan ,haha.Tapi bagi Anis biarlah kita menerima kekurangan kita seadanya dan bersyukur dengan nikmat yang ALLAH hendak bagi, nanti kalau Allah tarik sekelip mata bagaiman kan ? Ucaplah Alhamdullilah selalu .
TILL WE MEET AGAIN DAN ASSALAMUALAIKUM !!

INTRODUC - TION

Assalamualaikum,harini saya nak perkenalkan diri dulu al maklumlah ini post saya yang pertama,hehehe,marilah kite berkenal kenalan dulu bak peribahasa tak kenal maka tak cinta.Nama penuh saya Anis Afiqah binti Mohd Azahar dan berumur 19 tahun,masih muda dan belasan lagi,uhuks.Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi pada tahun pertama.Dahulu,saya merupakan seorang pelajar  lulusan matrikulasi Selangor dalam jurusan perakaunan.Tujuan saya menulis entri ini adalah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah subjek Aplikasi Komputer .Jika ada masa lapang, saya suka blog Walking di blog blogger famous amous seperti Keknis(Hanis Zalikha) , Maria Elena, Fatin Liyana,Yuyu Zulaikha dan Fatin Suhana.Saya suka melihat cara kehidupan mereka sehingga mereka berjaya dengan salah seorang dari mereka menjadi doktor,ahli perniagaan dan seorang pelakon yang versatil.Mereka semua ibarat ' BEAUTY WITH THE BRAIN'.Dieorang banyak memberi semangat dan memberikan tips yang sangat berguna kepada saya.Senang cerita saya enjoy membaca blog mereka !Akhir kata, saya baru hendak berjinak jinak di dalam dunia blog ini dan sekiranya ada yang salah mohonlah diperbetulkan.Till We Meet Again dan Assalamualaikum .